Monday, February 22, 2010

Teknik Graf Hayat

Seorang individu yang mengalami pelbagai masalah dalam perjalananya tidak seperti dengan indivdiu lain menyebabkan hidupnya makin tertekan dan sampai ke tahap tekanan yang kritikal. Oleh kerana mengalami tekanan yang kritikal maka pelbagai komponen dalam kehidupannya juga megalami kemerosotan seperti kesihatan, kewangan, kejayaan malah kasih sayang juga terjejas.
Pendek kata kehidupan bukan seperti individu biasa yang dapat meluang masa untuk nertenang seperti beribadah. Setelah diperikas perjalanan kehidupannya menggunalan sebentuk kajian yang dinamakan Graf Hayat, rupanya dapatlah difahami kenapa perjalanan hidupnay mengalami tekanan sebegitu rupa.
Teknik Graf Hayat adalah satu bentuk kajian yang melakarkan kod –kod dalam sepanjang hidup kita. Ia seolah-olah satu skrip drama kehidupan dan seperti satu peta perjalanan di lebuh raya yang kita tahu dimana letaknya kawasan rehat dan juga kawasan bahaya kemalangan
Memiliki skrip atau peta perjalanan hidup kita bukanlah digunakan untuk menilik nasib bila berlaku kecelakaan atau mendapat keuntungan tetapi digunakan untuk membuat persediaan dan perancangan. Apa yang utama sekali apabila menggunakan kaedah ini adalah untuk menyusun strategi supaya kita dapat melalui perjalanan hidup kita dengan lebih lancar.
Contohnya jika anda berumur 25 tahun sekarang dan didapati dalam graf Hayat anda pada umur 35 tahun nanti anda dijangka melalui satu fenomena Vacuum Star. Fenomena ini sering menganggu kewangan individu, maka daripada sekarang ini anda membuat persediaan menghadapi fenomena tersebut,
Salah satu caranya ialah mengurangkan liabiliti sebelum memcapai umur tersebut seperti sudah menyelesaikan pembayaran pinjaman seperti hutang kereta dan seumpamanya.
Dalam skrip atau peta perjalanan hidup kita terdapat pelbagai fenomena seperti Vaccum Star dan sebagainya. Cuma lain orang lain masa atau usia berlakunya fenomena ini. Dalam skrip atau peta kehidupan ini terdapat pelbagai konflik dan potensi yang baik dan tidak baik. Apabila kita mampu bersedia untuk menghadapi potensi yang tidak baik dan mengambil peluang di dalam pontensi baik, maka kehidupan kita dapat digunakan sepenuhnya dengan baik.
Kadangkala pontensi baik dan tidak baik berlaku serentak pada satu masa, oleh itu apabila anda mengetahui tentang pekara ini lebih awal maka mudah anda menguruskan kedua-dua tersebut dengan baik.
Sebenarnya tanpa perlu melihat graf hayat pun kita boleh menjalani kehidupan dengan lancar iaitu dengan mengamalkan disiplin yang ketat sepanjang hidup anda. Paling utama sekali ialah sentiasa redha dan positiid dalam setipa konflik kehidupan. Namun begitu tidak ramai yang boleh hidup atau sentiasa mengalah dalam konflik kehidupan . teknik Graf kehidupan boleh digunakan bagi mengetahui konflik atau potensi sesuatu fenomena lebih awal supaya lebih bersedia dan berusaha dengan lebih bersungguh untuk menghadapi sesuatu fenomena.hidup ini bermakna jika kita mempunyai pengetahuan tentang kehidupan itu sendiri dan mampu menguruskan konflik dan potensi hidup dengan baik

No comments:

Post a Comment