Thursday, February 25, 2010

CINTA

Rasa cinta terhadap insan yang dikasihi merupakan firtah manusia yang memiliki akal, hati, perasaan dan nafsu. Tinggal bagaimana seseorang itu mengawal dan melayari perasaan cinta tanpa membiarkan nafsu mengatasi akal dan keimanan supaya cinta sentiasa mekar. Tanpa mengikut musim-musim tertentu. Untuk meraikan cinta jika cinta itu benar-benar ikhlas.

Pepatah melayu membayangkan kepentingan rasa cinta dan keprihatinan terhadap saudara sendiri seumpamanya ‘cubit paha kanan, paha kiri terasa sakitnya;’ dan ‘ bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.
Cinta mempunyai kuasa yang boleh mengubah segala-galanya dengan keizinan Allah sama ada positif atau negitif bergantung kepada kaedah dan tatacara kita ‘bermain’ dengan cinta. Jangan salahkan cinta, salahkan diri sendiri kerana cinti itu memberi kebaikan sekiranya kita tahu menyusun keutamaan atau prioriti cinta malah cinta itu bukan soal hati tetapi jua soal iman dan kepercayaan.
Cinta itu juga membawa erti tanggungjawap, amalan, pengorbanan, keikhlasan, kesetiaan, komunikasi, kesabaran dan kerinduan. Kejayaan sebuah cinta bergantung kepada kejayaan kita menyusun keutamaan cinta bermula terhadap Allah, cinta kepada ibubbapa,cinta suami isteri, cinta kepada anak dan cinta kepada saudara seiman yang lain.

Cinta Kepada Allah

• Tanggungjawag untuk beriman, mentaati perintahNya
• Amanah untuk menjaga agama
• Pengorbanan menjaga kesucian agama dengan harta, masa dan jiwa raga daripada sebarang pengaruh negatif
• Keikhlasan menunaikan amalan ibadah
• Kesetiaan kepad Allah tanpa melakukan pekara-pekara yang tidak baik.
• Sabar dan menerima ujian untuk kebaikan dan manfaat jangka panjang
Cinta Kepada Ibu Bapa
• Tanggungjawap anak-anak untuk memberi kasih sayang, menghormati kepada kedua – dua ibubapa
• Amanah untuk sentiasa mengasihi ibu bapa dan tidak menyakiti mereka
• Pengorbanan harta ,masa dan jiwa raga menjaga mereka di usia tua mereka
• Keikhlasan membantu mereka tanpa rasa terpaksa
• Kesetiaan mendahulu kasih sayang kepada ibubapa utama semasa ibu bapa meningkat usia mereka
• Komunikasi dengan ibubapa dengan perkataan yang baik-baik
• Sabar dalam membatu dan menerima teguran
• Rindu dengan kasih sayangnya jika berjauhan.


Cinta Kepada suami isteri

• Tanggung jawap sebagai suami isteri untuk memberi kasih sayang, menghormati pasangan dan berpesan –pesan supaya sentiasa mentaati perintah Allah
• Amanah untuk menjaga kehormati dan maruah suami/isteri
• Pengorbanan harta, masa dan jiwa raga untuk memelihara kerukunan rumah tangga, keselamtan, keselesaan dan kebahagiaan keluarga
• Keiklasan melayan dan memenuhi keperluan suami/isteri
• Kesetiaan kepada pasangan dan sentiasa berkelakuan jujur
• Sabar dalam memikul segala tanggungjawap dan menghadapi kerenah pasangan
• Rindu dengan belaian kasih sayang jika berjauhan

Cinta Kepada Anak

• Tanggungjawap untuk memberikan kasih sayang, menjaga dan memelihara dengan baik
• Amanah untk memberi didikan khususnya agama
• Pengorbanan dengan harta masa dan jiwa raga demi keselesaan, keselamatan dan kejayaan anak
• Keikhlasan menjaga melalui doa dan rasa syukur
• Kesetiaan memelalui perhatinan, keprihatinan dan mendahulukan keperluan anak daripada peribadi
• Komunaksi berkesan bersesuaian dengan tahap umur dan keperluan anak
• Sabar dalam menghadapi kepelbagai kerenah anak dan sentiasa berdoa supaya dipermudahkan
• Merindunya dikala berpisah walaupn sekejap.

Cinta kepada saudara seiman ( adik-beradik, saudara-mara/jiran tetangga/guru/sahabat dan lain-lain)

• Tanggunjawap untuk mengasihi, berpesan-pesan ke arah kebaikan
• Amanah untuk menjaga harta dan kehormatan bukan mengkhianatinya
• Pengorbanan dengan harta , masa dan jiwa raga dalammenghulurkan bantuan
• Keikhlasan menghulur bantuan tanpa rasa niat jahat
• Kesetiaan dan kejujuan tanpa menyakiti hatinya
• Komunaksi melali perkataan yang baik-baik dengan menjaga batas-batas aurat dan pergaulan
• Sabar dalam menerima sagala ujian dalam perhubungan melalui doa
• Saling merindui sekiranya berjauhan dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan.


No comments:

Post a Comment