Friday, February 26, 2010

6 faktor kamu sentiasa POSITIF & SIHAT


Kamu sentiasa sibuk dengan hali kuliah mu????

Hinggakan wajah kamu mula nampak tidak bermaya dan badan menjadi letih...untuk mengembalikan kesegaran dan kejelitaan, mekap yang tebal bukan jawapanya sebaliknya kamu perlu rehat dan minda yang positif untuk kekal segar dan sihat..

Nak tahu rahsianya????

Ikuti 6 tip berikut.....

FAKTOR 1

Pen dan diari

Jadikan pen dan diari sebagai kawan baik kamu setiap masa. Tuliskan apa sahaja aktiviti yang kamu buat salam satu hari. Misalnya shopping, jumpa kawan, joging, daring atau apa saja....

FAKTOR 2

Senaman yang menyeronokan

Senaman itu penting bagi golongan remaja seperti kita. Untuk menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokan lakukannya dengan ikhlas dan mida yang terbuka ..kamua akan rasa lebih fesh dam enjoy

FAKTOR 3

Makanan yang sihat

Tahukan kamu??? Makanan terbaik untuk kamu adalah air kosong dan buah-buahan. Selain itu, amalkan makanan yang seimbang, lebihkan sayur-sayuran dan kurangkan manisan dan lemak

FAKTOR 4

Belajar sehingga berjaya

Fikiran lebih tajam jika kita rajin bersenam. Jika badan terasa lemah dan mengantuk, tarik nafas dan lakukan senaman yang ringan. Kemudian teruskan belajar seperi biasa.

FAKTOR 5

SAHABAT YANG SENTIASA BERSAMA

Kita akan menjadi lebih berjaya dan bahagia jika kita lakukan sesuatu bersama sahabta baik. Misalnya belajar......

Seronok jika dapat sahabat yang sekapal!! Ia bukan sahaja membuat hubungan kita bertambah rapat malah antara kita juga akan lebih menghargai..

No comments:

Post a Comment