Monday, February 22, 2010

Tanggungjawap Ibubapa dalam Menangani Permasalahan Remaja


shaloom 1Malaysia....
Minggu ini saya ingin kongsikan beberapa hal berkaitan dengan masalah remaja, daripada artike yang telah saya baca, ada baiknya jika kita saling berkongsi maklumat bagi menambah pengetahuan dan khususnya guru kaunselor yang bakal berkhidmat di sekolah kelak nanti.
Jika kita memperhatikan pelajar yang baru memasuki alam persekolahan menengah ( alam Remaja) mereka cuba berlagak seperti budak nakal dan mengambil identiti itu kerana mereka menyangka tingkah laku itu hebat dan bijak( cool)
Ternyata mereka keliru ngan apa sebenarnya baik dan buruk. Tertekan daripada kawan (peer pressure) menyebabkan mereka berlagak seperti itu. Ini terjadi kerana sejak dari kecil mereka tidak dikaitkan dengan jelas mengenai identiti yang baik.
Kekeliruan mungkin wujud dalam mencari identiti diri, ini tambahkan dengan perubahan fisikologi yang membabitkan peningkatan hormon, sedikit sebanyak menimbulkan kesan pada diri remaja terbabit. Pada peringkat ini perasaan yang sebelum ini tidak pernah wujud pada jiwa remaja mula bertapak.
Contohnya perasaan meminati jantina yang berlawanan serta perkara yang bersangkutan dengan seks, jika ibubapa bijak mendidik dan memimpin, remaja akan dipimpin dalam menangani perasaan yang asing
Ibubapa yang matang akan membantu remaja menerima perasaan itu sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak sepatutnya berasa bersalah atau malu. Ibubapa akan membantu menunjukkan jalan untuk memahami, mengawal dan menanganinya. Jika ibubapa kurang bijak menangani pekara ini di sinilah punca tekanan yang menghasilkan konflik jiwa remaja.
Bagi mengujudkan keseimbangan pada diri individu, kekuatan dan kemantapan perlu dalam tiga aspek itu fizikal, mental dan emosi. Apabila salah satu aspek ini tidak stabil maka tekanan akan berlaku. Seperti pemberontakan jiwa remaja berlaku, tekanan hasil daripada perasaan perlu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Remaja tidak dapat sokongan emosi bersepadanan dengan tekanan yang diterima. Lagi tinggi pencapaian perlu dicapai. Lagi tegap perlunya keteguhan sokongan emosi yang menjadi tunjang atau dasar kepintaran. Cara didikan ibubapa penting dan utama dalam kewujdan konflik diri anak terutama remaja.
Ibubapa dominan,alpa dan leka menyebabkan anak tertutup jiwa mereka. Hati mereka luka dan menunggu saat sepeti gunung berapai untuk meletup. Remaja tidak dihargai keunikan dan identiti mereka akan berasa tertekan. Remaja yang dilayan seperti anak kecil akan menyebabkan mereka merasa ibubapa tidak bijak. Ibubapa dominan sering memaksa anak mengikut arahan mereka, hasilnya, remaja mencari jalan untuk keluar dari genggaman kuku besi.
Untuk menjadi ibubapa yang bijak memerlukan seseorang itu banyak mencari ilmu dan berfikir dengan matang. Cara terbaik sentiasa merapati diri dengan anak sejak mereka masih kecil dan hormat mereka sebagai seorang individu yang mempunyai harga diri, hormat diri dan memerlukan ruang mereka sendiri untuk membesar.

Ciri-ciri remaja yang tidak mempunyai konflik diri akan :
· Berdikari
· Mengambil tanggungjawap dan memenuhinya
· Bangga dengan kejayaan yang di capai
· Menghadapi cabaran baru dengan penuh bersemangat
· Menghormati orang lain
· Mudah bergaul dan dirapati
· Dapat menunjukkan pelbagai emosi dan perasaan
· Dapat meneriman dan bertolak ansur
· Berkeyakinan mempengaruhi orang lain
· Mempunyia pendirian

Sementara remaja yang penuh konflik diri pula akan;

· Memandang rendah pencapaian sendiri
· Berasa tidak dihargai
· Menjauhkan diri daripada orang lain-tidak mahu bergaul
· Tidak bermaya
· Mudah dipengaruhi
· Tidak menunjukkan emosi yang meluas
· Tidak mahu memikul tanggungjawap
· Mudah kecewa dan menyalahkan orang lain
· Suka bergaduh dan mengeluarkan kata-kata kesat
· Hanya mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment